Sunday 20 February 2011

Rumah Burung Walet, Suara Pikat Burung Walet dan Tweeter

Untuk sesebuah rumah burung walet berjaya dan berproduktif mengeluarkan sarang burung, anda perlu memastikan rumah burung anda sentiasa dimainkan suara burung walet terutamanya di bahagian dalam rumah burung anda.

Anda cuba bayangkan
Sebuah kapal terbang yang ingin mendarat di lapangan terbang ketika waktu gelap gelita, juruterbang semestinya tidak akan nampak landasan untuk ianya selamat mendarat kecuali dengan bantuan lampu yang menunjukkan landasan untuk mendarat…
Sama juga situasinya di rumah burung anda.
Jika anda pernah mengikuti bird call test atau uji lokasi burung walet, apabila suara rakaman burung walet dimainkan, burung walet yang berdekatan akan datang sebagai tindak balas kepada bunyi yang di mainkan. Tetapi setelah bunyi itu dipadamkan, burung walet itu akan pergi dari situ kerana sudah tidak kedengaran rakaman suara burung walet itu.
Anda nampak ? bagaimana pentingnya suara rakaman burung walet dimainkan di rumah burung anda??
Satu faktor lagi adalah kerana burung walet ini terbang secara kelompok, apa jua aktiviti di lakukan secara kelompok, dan jika ia terdengar contohnya, suara rakaman burung walet koloni, burung-burung ini akan merasakan disitu terdapat satu kelompok burung walet yang bersarang atau berlegar disitu dan ini membuatkan burung walet ini merasa selamat berada di kawasan itu.
Tweeter yang memainkan rakaman suara burung walet ini perlu dipasang dan diletakkan di tempat yang betul di dalam rumah burung walet anda.
Apabila suara burung dimainkan melalui tweeter, dan anda berada di hadapan tweeter tersebut anda akan jelas kedengaran tetapi jika anda berada dibelakang tweeter atau jauh sedikit ke belakang… suara rakaman akan kurang kedengaran atau kurang jelas.
Dengan ini boleh dirumuskan burung walet akan terbang ke arah tweeter yang dimainkan tetapi apa akan jadi jika burung itu terbang melepasi tweeter tersebut ? burung ini akan hilang arah kerana kurang kedengaran bunyi rakaman ini sama juga kapal terbang yang ingin mendarat di landasan tiba-tiba lampu terpadam dan juruterbang tidak nampak landasan dengan jelas….
Pemasangan tweeter sangat penting bermulanya pada ‘monkey house’ anda atau lubang bukaan atas rumah burung anda. Anda perlu memasang kesemua tweeter menghadap ke ruang mula-mula burung ini akan masuk ke rumah anda.
Pastikan jarak antara tweeter ini adalah sesuai dan seimbang kiri dan kanan, bermakna jika burung ini terbang melepasi tweeter 1 ke hadapan tweeter 2 sudah sedia menyambutnya. Jadi jarak antara tweeter 1 dan tweeter 2 perlu di periksa.
Dengan erti kata pendek, suara rakaman burung walet ini bersahutan dan berpanjangan sehingga ke dinding terakhir rumah burung walet anda.
PERLU Di Ingat anda membina rumah burung walet anda bukan untuk anda, manusia mendengarnya tetapi UNTUK burung walet yang di pikat untuk masuk ke dalam rumah burung anda !!!
Tidak hairanlah ada rumah burung walet dipasang beratus unit tweeter terutama di bahagian ‘nesting plank’ di dalam rumah burung mereka.
Dengan jumlah tweeter yang banyak ini juga anda perlu membahagikan jenis suara rakaman burung walet seperti yang telah ditulis di dalam artikel ini.
Suara luar perlu dimainkan kuat sedikit daripada suara dalam dan untuk memastikan tahap suara ini di cadangkan anda menggunakan multimeter ukur decibel agar ianya lebih optimum lagi.
Kesemua ini untuk keharmonian rumah burung walet anda !!!

0 comments:

Post a Comment

MYWALETTEAM MEMBANTU ANDA MEREKABENTUK DAN MEMBINA RUMAH BURUNG WALET BERTEKNOLOGI TINGGI DENGAN KOS MAMPU MILIK DAN SESUAI TERMASUK PERKHIDMATAN SOLAR PANEL, SYSTEM AUDIO ORIGINAL DAN PERALATAN AKSESORI YANG LENGKAP BAGI MENJAMIN KEADAAN RUMAH BURUNG ANDA SEPERTI DI GUA YANG PENUH DENGAN WALET