Sunday 20 February 2011

Bird Call Test / Ujian Burung Walet Di Lokasi Anda

Pada umumnya untuk membuat pemilihan lokasi untuk membina rumah burung walet memerlukan pemerhatian yang teliti. Jika tidak akan memberikan jangka masa return of investment (ROI) yang agak panjang dan dari segi kos penyelenggaraan juga perlu di ambil kira bagi senggaraan harian rumah burung ini.
Secara am nya pemilihan lokasi adalah seperti di bawah:
• Secara am nya lokasi adalah jauh dari kawasan tempat tinggal manusia.
• Berada dekat dengan kawasan pengairan seperti sungai atau tasik.
• Berada di kawasan yang sunyi dan jauh dari kebisingan aktiviti manusia




Walaupun lokasi di atas adalah tidak wajib tetapi dengan memilih lokasi seperti di atas, melalui pengalaman pemilik rumah burung walet yang lain, burung walet dapat menghasilkan sarang burung yang lebih berkualiti kerana seperti habitat asalnya yang berada di dalam gua.
Setelah mengenal pasti lokasi seperti ini anda perlu melakukan bird call test ataupun ujian panggil burung walet di lokasi tersebut untuk menentukan samada lokasi tersebut melepasi suatu tahap yang optimum. Tahap yang optimum ini merangkumi jumlah secara kasar burung walet yang bertindak balas dengan melakukan bird call test ini.
Untuk melakukan bird call test ini anda perlu menggunakan peralatan yang sesuai yang juga mudah alih untuk memainkan suara ujian burung walet. Ciri-ciri asasnya, peralatan ini dapat menggunakan bekalan kuasa dari punca 12 volt kenderaan anda dimana tapak ujian tidak mempunyai bekalan elektrik.
Peralatan ini boleh dihubung kan kepada tweeter piezo yang siap sedia di pasangkan dengan ‘kapasitor’ untuk memastikan jangka hayat tweeter piezo ini lebih panjang kerana penggunaan alat amplifiers yang berkuasa tinggi membuatkan tweeter piezo ini tidak dapat menampung kuasa yang masuk ke tweeter piezo ini. Secara tak langsung menggunakan ‘kapasitor’ dapat menjimatkan kos penyelenggaraan anda terutama jika anda menggunakan jumlah tweeter piezo yang banyak.
Kami ada menjual alat gadget untuk melakukan Bird Call Test atau alat untuk menguji burung walet di lokasi sebenar. Layari laman produk untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut dan cara memesan dari kami.
Selain dari peralatan gadjet ini, anda juga memerlukan rakaman suara burung walet khas untuk membuat ujian ini. Terdapat pelbagai jenis suara burung walet yang boleh anda dapati dimana-mana melalui pembelian di internet.
Kami amat menyarankan anda untuk memiliki sendiri alat gadjet untuk bird call test ini kerana ianya dapat di gunakan berulang-ulang kali semasa membuat pemerhatian ke lokasi baru yang anda ingin bina rumah burung ataupun semasa anda ingin menggunakan suara panggil burung walet yang baru sebelum menggunakan sepenuhnya pada rumah burung walet anda.
Setelah anda telah menyiapkan alat gadjet ini seterusnya anda perlu mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk melakukan bird call test ini.
Ada yang mengatakan pada sebelah awal pagi sekitar jam 7.00 pagi kerana pada ketika ini burung walet akan bermain pada permukaan air dan ada juga yang melakukan sekitar jam 7.00 petang iaitu pada ketika ini burung walet hendak pulang ke sarang untuk berehat.
Semasa suara ujian di mainkan anda perlu untuk memastikan beberapa faktor seperti di bawah:
1. Anda perlu mendapatkan laluan terbang burung walet ataupun flying path. Ini anda boleh tentukan setelah suara ujian burung walet di mainkan dan perhatikan dari arah mana burung walet mula muncul.
2. Setelah itu alihkan kedudukan tweeter piezo supaya ia nya berada di kedudukan yang menghala dari arah datang nya burung walet ini.
3. Kira secara kasar berapa ekor burung walet yang muncul setelah memainkan suara ujian burung walet ini. Ada yang mengatakan 100 hingga ke 200 ekor sebagai jumlah minima untuk memastikan ianya mencapai tahap optimum. Lebih banyak adalah lebih baik.
4. Oleh kerana sifat semula jadi burung walet ini yang 60% akan hanya terbang berlegar ke sebalah kiri dan 40% akan hanya terbang berlegar ke sebelah kanan. Ini adalah sepanjang hayat untuk burung walet ini. Ini adalah sangat penting ketika membina rumah burung walet anda untuk menentukan kedudukan ruang bukaan pada rumah burung walet anda berada di sebelah mana untuk memudahkan burung walet ini masuk ke dalam rumah burung walet anda. PERLU DI INGATKAN ANDA MEMBINA RUMAH BURUNG DAN BUKAN RUMAH MANUSIA. Jadi anda perlu membina rumah yang selesa untuk burung walet masuk ke dalam rumah burung walet anda.

Di atas adalah antara faktor penting yang perlu anda perhatikan semasa melakukan bird call test atau melakukan ujian panggil burung walet ke lokasi yang telah anda pilih.
Mengikut kata dari pakar mengenai burung walet ini, jika jumlah burung walet yang muncul semasa ujian ini di lakukan adalah sedikit, anda perlulah membuat beberapa ujian sebelum menentukan tapak yang anda pilih adalah tapak yang sesuai untuk membina rumah burung walet anda.
Jika jumlahnya masih tidak optimum, maka anda perlu lah menimbangkan kembali keputusan anda untuk membina rumah burung walet anda di situ. Jika jumlah burung walet yang muncul adalah sedikit, anda masih boleh membina rumah burung anda tetapi mungkin return of investment (ROI) anda akan mengambil masa yang panjang.


0 comments:

Post a Comment

MYWALETTEAM MEMBANTU ANDA MEREKABENTUK DAN MEMBINA RUMAH BURUNG WALET BERTEKNOLOGI TINGGI DENGAN KOS MAMPU MILIK DAN SESUAI TERMASUK PERKHIDMATAN SOLAR PANEL, SYSTEM AUDIO ORIGINAL DAN PERALATAN AKSESORI YANG LENGKAP BAGI MENJAMIN KEADAAN RUMAH BURUNG ANDA SEPERTI DI GUA YANG PENUH DENGAN WALET