Sunday 20 February 2011

Bird Call Test / Uji Lokasi Burung Walet di Pulau Pinang

Setakat ini kami telah membuat ujian di beberapa jenis lokasi dan rupabentuk muka bumi dan corak populasi burung juga adalah lebih kurang sama sahaja.
Pada kali ini kami di panggil tuan punya tanah untuk membuat bird call test atau panggil burung walet untuk melihat populasi burung di sekitar.
Memang tuan tanah ada memberitahu beliau nampak burung walet ini berterbangan bermain berdekatan tempatnya. Apabila sampai sahaja di sana lebih kurang pukul 6.30 petang, kami tak cakap banyak….
WOW ….
apa yang boleh di katakan kawasan persekitaran disini mempunyai kesamaan karakteristik rupabentuk muka bumi yang mungkin lebih kurang sama dengan di Setiawan ataupun Kuala Krai …
Di bawah adalah gambar yang kami dapat rakam dari 3 sudut semasa kami hanya mula memanggil dengan kadar volume yang tidak berapa kuat. Ini adalah gambar still bukan gambar video.




Sudut 1


Sudut 2

Lokasi yang kami uji ini boleh di kenal pasti sebagai lokasi buruan atau lokasi burung walet mencari makanan akhir sebelum ianya pulang ke sarang atau tempat tinggalnya.
Lokasi ini sangat sesuai kerana melalui pemerhatian jumlah burung walet yang tiba dan masih lagi datang dari satu arah adalah 300 hingga 700 ratus ekor atau pun lebih.




Read more...Baca Lagi....

Bird Call Test / Ujian Burung Walet Di Lokasi Anda

Pada umumnya untuk membuat pemilihan lokasi untuk membina rumah burung walet memerlukan pemerhatian yang teliti. Jika tidak akan memberikan jangka masa return of investment (ROI) yang agak panjang dan dari segi kos penyelenggaraan juga perlu di ambil kira bagi senggaraan harian rumah burung ini.
Secara am nya pemilihan lokasi adalah seperti di bawah:
• Secara am nya lokasi adalah jauh dari kawasan tempat tinggal manusia.
• Berada dekat dengan kawasan pengairan seperti sungai atau tasik.
• Berada di kawasan yang sunyi dan jauh dari kebisingan aktiviti manusia




Walaupun lokasi di atas adalah tidak wajib tetapi dengan memilih lokasi seperti di atas, melalui pengalaman pemilik rumah burung walet yang lain, burung walet dapat menghasilkan sarang burung yang lebih berkualiti kerana seperti habitat asalnya yang berada di dalam gua.
Setelah mengenal pasti lokasi seperti ini anda perlu melakukan bird call test ataupun ujian panggil burung walet di lokasi tersebut untuk menentukan samada lokasi tersebut melepasi suatu tahap yang optimum. Tahap yang optimum ini merangkumi jumlah secara kasar burung walet yang bertindak balas dengan melakukan bird call test ini.
Untuk melakukan bird call test ini anda perlu menggunakan peralatan yang sesuai yang juga mudah alih untuk memainkan suara ujian burung walet. Ciri-ciri asasnya, peralatan ini dapat menggunakan bekalan kuasa dari punca 12 volt kenderaan anda dimana tapak ujian tidak mempunyai bekalan elektrik.
Peralatan ini boleh dihubung kan kepada tweeter piezo yang siap sedia di pasangkan dengan ‘kapasitor’ untuk memastikan jangka hayat tweeter piezo ini lebih panjang kerana penggunaan alat amplifiers yang berkuasa tinggi membuatkan tweeter piezo ini tidak dapat menampung kuasa yang masuk ke tweeter piezo ini. Secara tak langsung menggunakan ‘kapasitor’ dapat menjimatkan kos penyelenggaraan anda terutama jika anda menggunakan jumlah tweeter piezo yang banyak.
Kami ada menjual alat gadget untuk melakukan Bird Call Test atau alat untuk menguji burung walet di lokasi sebenar. Layari laman produk untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut dan cara memesan dari kami.
Selain dari peralatan gadjet ini, anda juga memerlukan rakaman suara burung walet khas untuk membuat ujian ini. Terdapat pelbagai jenis suara burung walet yang boleh anda dapati dimana-mana melalui pembelian di internet.
Kami amat menyarankan anda untuk memiliki sendiri alat gadjet untuk bird call test ini kerana ianya dapat di gunakan berulang-ulang kali semasa membuat pemerhatian ke lokasi baru yang anda ingin bina rumah burung ataupun semasa anda ingin menggunakan suara panggil burung walet yang baru sebelum menggunakan sepenuhnya pada rumah burung walet anda.
Setelah anda telah menyiapkan alat gadjet ini seterusnya anda perlu mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk melakukan bird call test ini.
Ada yang mengatakan pada sebelah awal pagi sekitar jam 7.00 pagi kerana pada ketika ini burung walet akan bermain pada permukaan air dan ada juga yang melakukan sekitar jam 7.00 petang iaitu pada ketika ini burung walet hendak pulang ke sarang untuk berehat.
Semasa suara ujian di mainkan anda perlu untuk memastikan beberapa faktor seperti di bawah:
1. Anda perlu mendapatkan laluan terbang burung walet ataupun flying path. Ini anda boleh tentukan setelah suara ujian burung walet di mainkan dan perhatikan dari arah mana burung walet mula muncul.
2. Setelah itu alihkan kedudukan tweeter piezo supaya ia nya berada di kedudukan yang menghala dari arah datang nya burung walet ini.
3. Kira secara kasar berapa ekor burung walet yang muncul setelah memainkan suara ujian burung walet ini. Ada yang mengatakan 100 hingga ke 200 ekor sebagai jumlah minima untuk memastikan ianya mencapai tahap optimum. Lebih banyak adalah lebih baik.
4. Oleh kerana sifat semula jadi burung walet ini yang 60% akan hanya terbang berlegar ke sebalah kiri dan 40% akan hanya terbang berlegar ke sebelah kanan. Ini adalah sepanjang hayat untuk burung walet ini. Ini adalah sangat penting ketika membina rumah burung walet anda untuk menentukan kedudukan ruang bukaan pada rumah burung walet anda berada di sebelah mana untuk memudahkan burung walet ini masuk ke dalam rumah burung walet anda. PERLU DI INGATKAN ANDA MEMBINA RUMAH BURUNG DAN BUKAN RUMAH MANUSIA. Jadi anda perlu membina rumah yang selesa untuk burung walet masuk ke dalam rumah burung walet anda.

Di atas adalah antara faktor penting yang perlu anda perhatikan semasa melakukan bird call test atau melakukan ujian panggil burung walet ke lokasi yang telah anda pilih.
Mengikut kata dari pakar mengenai burung walet ini, jika jumlah burung walet yang muncul semasa ujian ini di lakukan adalah sedikit, anda perlulah membuat beberapa ujian sebelum menentukan tapak yang anda pilih adalah tapak yang sesuai untuk membina rumah burung walet anda.
Jika jumlahnya masih tidak optimum, maka anda perlu lah menimbangkan kembali keputusan anda untuk membina rumah burung walet anda di situ. Jika jumlah burung walet yang muncul adalah sedikit, anda masih boleh membina rumah burung anda tetapi mungkin return of investment (ROI) anda akan mengambil masa yang panjang.



Read more...Baca Lagi....

5 in 1 Auto Ranging Digital Multimeter

Untuk anda menceburi perusahaan industri burung walet anda perlu meletakkan komitmen yang tinggi, ianya sama ada YA atau TIDAK. Tidak ada ingin cuba-cuba atau sahaja nak try atau apa-apa yang lain.
Untuk mendapatkan hasil yang baik anda harus menyediakan pelan pembangungan rumah burung walet anda termasuk juga di dalam menyediakan peralatan yang baik yang dapat membantu anda di dalam mengusahakan sarang burung ini.




Di atas adalah gambar 5 in 1 Digital Multimeter yang saya dapati sangat berguna di dalam menjayakan rumah burung walet anda.
Sepertimana yang anda perlu tahu, mikrohabitat rumah burung walet bercirikan suhu antara 24 ke 29 darjah Celcius dan mempunyai kadar kelembapan 85% ke 95%. 2 ciri ini adalah sangat kritikal kerana ia mempengaruhi produktif rumah burung walet anda. Jika 2 ciri ini tidak dapat dipenuhi mungkin burung walet tidak akan berasa selesa untuk membuat sarang dan juga memberikan kesan kepada kualiti sarang yang di hasilkan.
Antara ciri-ciri utama Digital Multimeter ini, ianya dapat menguji:
• Suhu keadaan sekeliling di dalam Celcius.
• Tahap kelembapan atau Relative Humidity.
• Menguji tahap suara di dalam dB atau decibel.
• Menguji tahap kekuatan cahaya di dalam unit LUX.
• Menguji litar elektrik dan peralatan elektronik untuk perkakasan rumah burung anda.


Alat ini dapat di bawah kemana-mana sahaja di setiap ruangan rumah burung anda dan terus dapat mendapatkan bacaan dan direkodkan. Anda juga dapat membawanya ke mana-mana rumah burung walet yang lain dan merekodkan bacaan untuk di jadikan rujukan untuk di serapkan ke dalam rumah burung walet anda
Dengan keupayaan mempunyai backlight yang terang dan jelas, anda boleh membuat ujian walaupun di dalam keadaan yang gelap.
Jika anda mempunyai takungan atau kolam di dalam rumah burung walet anda, ataupun kolam di luar rumah di sekelilingnya, ia nya dapat di uji kerana digital multimeter ini juga di datangkan dengan test probe untuk uji suhu.
Dengan menggunakan digital multimeter ini anda juga dapat memeriksa peralatan audio anda terutamanya penyambungan kepada tweeter anda yang berada jauh dari amplifier anda. Ujian continuity dapat di lakukan untuk memeriksa jika satu dari channel kepada tweeter anda terputus atau mempunyai masalah.
Di bawah adalah spesifikasi yang di berikan oleh pihak pengilang.
• Voltage DC:0.4/4/40/400/600V
• Voltage AC:4/40/400/600V
• Current DC:400μ/4000μ/40m/400m/10A
• Current AC:400μ/4000μ/40m/400m/10A
• Resistance:400/4K/40K/400K/4M/40MΩ
• Capacitance:4n/40n/400n/4μ/40μ/100μF
• Frequency:10/100/1k/10k/100k/200kHz
• Duty Cycle:0.1% ~ 99.9%
• Temperature:-20-1000?C
• Humidity:30%-95%
• Light:4000Lux/40000Lux
• Sound Level:35 -- 100dB
• Continuity:Yes
• Diode Check:Yes
• Power:9V battery (6F22)
• Dimensions(W×L×T):83×162×47 mm
• Weight:310g (with battery)
Rumusan:

Di dalam apa jua perniagaan yang anda ceburi, anda perlu mendapatkan dan menggunakan kelengkapan peralatan yang sesuai supaya ianya dapat di laksanakan dengan jayanya. Untuk berjaya di dalam perusahaan burung walet, segala usaha perlu anda lakukan untuk mencapai objektif contohnya 100 ekor membuat sarang pada tahun yang pertama. Untuk itu, peralatan yang sesuai sangat kritikal untuk mencapai objektif ini.



Read more...Baca Lagi....

Sarang Burung Layang Yang Baik

Sarang Burung Layang-Layang Putih @ Walet
Sarang burung layang-layang atau juga dikenali sebagai sarang burung walet dihasilkan melalui air liur. Hanya burung layang-layang walet sahaja yang menghasilkan sarang air liur (Gambar A), manakala burung sereti menghasilkan sarang rumput (Gambar B).




(Gambar B)

Burung layang-layang ini kebiasaannya semasa bertelur akan menghasilkan dua biji telur dan proses pengeraman akan mengambil masa selama 3 hingga 4 minggu. Anak-anak burung pula selalunya akan berada dalam sarangnya dalam lingkungan 40 - 45 hari sebelum mula terbang untuk mencari makannya sendiri,



Read more...Baca Lagi....

Rumah Burung Walet, Suara Pikat Burung Walet dan Tweeter

Untuk sesebuah rumah burung walet berjaya dan berproduktif mengeluarkan sarang burung, anda perlu memastikan rumah burung anda sentiasa dimainkan suara burung walet terutamanya di bahagian dalam rumah burung anda.

Anda cuba bayangkan
Sebuah kapal terbang yang ingin mendarat di lapangan terbang ketika waktu gelap gelita, juruterbang semestinya tidak akan nampak landasan untuk ianya selamat mendarat kecuali dengan bantuan lampu yang menunjukkan landasan untuk mendarat…
Sama juga situasinya di rumah burung anda.
Jika anda pernah mengikuti bird call test atau uji lokasi burung walet, apabila suara rakaman burung walet dimainkan, burung walet yang berdekatan akan datang sebagai tindak balas kepada bunyi yang di mainkan. Tetapi setelah bunyi itu dipadamkan, burung walet itu akan pergi dari situ kerana sudah tidak kedengaran rakaman suara burung walet itu.
Anda nampak ? bagaimana pentingnya suara rakaman burung walet dimainkan di rumah burung anda??
Satu faktor lagi adalah kerana burung walet ini terbang secara kelompok, apa jua aktiviti di lakukan secara kelompok, dan jika ia terdengar contohnya, suara rakaman burung walet koloni, burung-burung ini akan merasakan disitu terdapat satu kelompok burung walet yang bersarang atau berlegar disitu dan ini membuatkan burung walet ini merasa selamat berada di kawasan itu.
Tweeter yang memainkan rakaman suara burung walet ini perlu dipasang dan diletakkan di tempat yang betul di dalam rumah burung walet anda.
Apabila suara burung dimainkan melalui tweeter, dan anda berada di hadapan tweeter tersebut anda akan jelas kedengaran tetapi jika anda berada dibelakang tweeter atau jauh sedikit ke belakang… suara rakaman akan kurang kedengaran atau kurang jelas.
Dengan ini boleh dirumuskan burung walet akan terbang ke arah tweeter yang dimainkan tetapi apa akan jadi jika burung itu terbang melepasi tweeter tersebut ? burung ini akan hilang arah kerana kurang kedengaran bunyi rakaman ini sama juga kapal terbang yang ingin mendarat di landasan tiba-tiba lampu terpadam dan juruterbang tidak nampak landasan dengan jelas….
Pemasangan tweeter sangat penting bermulanya pada ‘monkey house’ anda atau lubang bukaan atas rumah burung anda. Anda perlu memasang kesemua tweeter menghadap ke ruang mula-mula burung ini akan masuk ke rumah anda.
Pastikan jarak antara tweeter ini adalah sesuai dan seimbang kiri dan kanan, bermakna jika burung ini terbang melepasi tweeter 1 ke hadapan tweeter 2 sudah sedia menyambutnya. Jadi jarak antara tweeter 1 dan tweeter 2 perlu di periksa.
Dengan erti kata pendek, suara rakaman burung walet ini bersahutan dan berpanjangan sehingga ke dinding terakhir rumah burung walet anda.
PERLU Di Ingat anda membina rumah burung walet anda bukan untuk anda, manusia mendengarnya tetapi UNTUK burung walet yang di pikat untuk masuk ke dalam rumah burung anda !!!
Tidak hairanlah ada rumah burung walet dipasang beratus unit tweeter terutama di bahagian ‘nesting plank’ di dalam rumah burung mereka.
Dengan jumlah tweeter yang banyak ini juga anda perlu membahagikan jenis suara rakaman burung walet seperti yang telah ditulis di dalam artikel ini.
Suara luar perlu dimainkan kuat sedikit daripada suara dalam dan untuk memastikan tahap suara ini di cadangkan anda menggunakan multimeter ukur decibel agar ianya lebih optimum lagi.
Kesemua ini untuk keharmonian rumah burung walet anda !!!


Read more...Baca Lagi....

Pelan Perancangan Membina Rumah Burung Walet

Jika anda ingin merancang dan membina rumah burung walet, anda harus mendokumen kan setiap perkara yang anda buat dengan erti kata mudah mengadakan buku log aktiviti rumah burung anda.
Kebaikannya adalah untuk anda sendiri dapat mengesan jika ada masalah jika anda membuat sesuatu perkara pada rumah burung anda ataupun mendapat manfaat yang baik setelah anda membuat sesuatu perkara yang baru.
Ini termasuk setiap perkara yang anda lakukan termasuk menguatkan suara rakaman dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ini semestinya sedikit sebanyak akan memberikan kesan baik ataupun buruk pada rumah burung anda.


Pada ketika ini rata-rata mengatakan kos untuk membina rumah burung boleh mencecah sehingga RM 250,000.00 ke RM 350,000.00.
Pada pendapat saya, untuk membina rumah burung anda perlu MEMPUNYAI ILMU tentang burung walet walaupun anda telah memilih atau melantik sesiapa sahaja yang ingin membangunkan rumah burung anda. Dan dengan ilmu yang anda ada, justifikasi dapat dibuat sebelum melaksanakan nya pada rumah burung anda.
Rumusannya dengan ilmu yang anda perolehi, MUNGKIN juga kos untuk membina rumah burung anda dapt dikurangkan mengikut budget yang anda ada.
Antara beberapa faktor untuk merancang pembinaan rumah burung anda dan ciri-ciri yang ada pada rumah burung anda adalah seperti di bawah:
• Ukuran keluasan rumah burung (4m x 10m – minima).
• Model rumah yang seperti dalam dewan ataupun model rumah yang mempunyai banyak bilik kecil.
• Membina rumah hanya 1 tingkat atau lebih.
• Mengadakan tahap kelembapan pada kadar 80% ke 95%.
• Mengadakan tahap suhu pada kadar 26 hingga 29 darjah celcius.
• Rumah burung yang terasing dari bermacam-macam aktiviti manusia
• Lokasi rumah burung yang dekat dengan sumber makanan burung walet seperti di kawasan padang rumput, kawasan pengairan, kawasan sawah padi atau kawasan yang mempunyai sumber makanan yang banyak.
• Kedudukan rumah burung di lokasi dipilih dibina dengan melihat flying path burung yang ada di kawasan itu.
• Ruang/pintu masuk burung – ruangan utama burung walet masuk dan keluar untuk rumah burung anda.
• Pintu masuk orang ke dalam rumah burung anda, ke ruangan bilik data.
• Pintu/ruangan antara lantai – ruangan burung terbang dari tingkat 3 ke 2 atau tingkat 1.
• Pintu/ruangan antara bilik ke bilik – ini jika anda membina rumah burung yang mempunyai banyak bilik kecil.
• Ruangan/Lubang pengudaraan rumah burung anda.
• Roving Area – ruang untuk burung walet berlegar apabila masuk ke dalam rumah burung.
• Nesting Area – ruang untuk burung walet menetap dan membuat sarang.
• Equipment Area – ruang untuk segala peralatan rumah burung.
• Pemasangan sesirip untuk burung walet membuat sarang.
• Sistem Audio Suara Luar dan Dalam.
• Sistem Keselamatan Rumah Burung Walet.
Di atas adalah antara perkara yang perlu di ambil kira untuk merancang pembinaan rumah burung di lokasi yang telah anda pilih.
Perkara di atas adalah antara yang telah di bincangkan oleh pemilik rumah burung yang terdahulu dan telah terbukti telah menghasilkan sarang burung.
Walaubagaimana pun cabaran nya masih ada bagi memikat burung walet ini masuk dan membuat sarang di dalam rumah burung yang telah di bina.
Apa yang saya dapat tahu dari beberapa orang yang telah menceburi industri ini, ada rumah burung yang lengkap tetapi masih kurang berhasil dan ada juga rumah burung yang serba serbi kekurangan tetapi masih boleh menghasilkan sarang burung.
Itu antara kegunaan buku log rumah burung untuk anda menggunakan beberapa perkara asas ini untuk membina rumah burung anda dan pada masa yang sama membuat kajian sendiri bagi memastikan kejayaan rumah burung anda.


Read more...Baca Lagi....

Pikat Burung Walet Dengan Rakaman Suara Burung Walet

Burung walet terbang secara kelompok sama ada tinggal di suatu kawasan, terbang mencari makanan atau kemana-mana sahaja. Tidak hairan lah jika anda ternampak seekor burung walet anda akan menjumpai jumlah burung walet ini akan bertambah di sesuatu kawasan.
Bagi pengusaha rumah burung walet, teknik memikat burung walet ini adalah sangat penting dan ini telah dibuktikan sendiri oleh pemilik rumah burung walet yang terdahulu.
Saya juga berkesempatan melawat sebuah rumah burung walet terletak di Klang, Selangor dan memerhatikan sendiri bagaimana suara burung walet ini sangat penting untuk sesebuah rumah burung walet.


Untuk pengetahuan semua ada beberapa jenis suara burung walet yang boleh di main kan untuk memikat burung walet datang atau tinggal dan membuat sarang di rumah burung.
Sistem Audio juga di perlukan untuk sesebuah rumah burung walet untuk memikat burung walet datang ke rumah burung tersebut.
Kami ada juga membekal Sistem Audio untuk Rumah Burung Walet. Layari laman produk kami untuk maklumat selanjutnya.
Ada beberapa jenis suara burung walet yang boleh di mainkan seperti di bawah:
1. Suara Uji Burung Walet
1. Tujuan suara ini adalah untuk menguji lokasi yang di pilih adalah berpotensi untuk membuat rumah burung walet. Suara ini tidak sesuai untuk di mainkan di rumah burung walet.
2. Suara Burung Walet Berahi dan Mengawan
1. Tujuan suara ini adalah untuk memikat burung walet berpasangan untuk datang dan masuk ke rumah burung anda untuk mengawan. Oleh kerana habitat semulajadi burung walet ini berkelompok, burung ini akan merasa selesa dan selamat jika di sekeliling mereka terdapat banyak pasangan yang sedang mengawan bersama pasangan masing-masing.
3. Suara Anak Burung Walet
1. Tujuan suara ini adalah untuk memikat pasangan burung walet untuk masuk ke bahagian nesting plank untuk membuat sarang. Untuk makluman semua, suara anak burung walet ini perlu di mainkan sepanjang masa untuk 24 jam sehari.
4. Suara Kelompok Burung Walet
1. Tujuan suara kelompok burung walet ini di mainkan sangat bagus untuk rumah burung walet yang berada berdekatan dengan beberapa rumah burung walet. Suara ini di mainkan untuk memikat kelompok burung walet untuk terbang ke rumah burung walet anda. Perlu di ingat habitat semulajadi burung walet ini adalah berkelompok, oleh itu jika burung walet ini mendengar suara kelompok burung walet ini dan beranggapan di sana mempunyai burung walet yang lebih banyak dan dengan itu bermakna lebih banyak dan lebih selamat untuk terbang dan tinggal bersama. Bagi tujuan memikat suara kelompok burung walet ini perlu dimainkan 24 jam sehari tetapi mengikut aras suara yang bersesuaian supaya suara memikat burung walet di dalam rumah burung anda adalah harmoni.


Read more...Baca Lagi....
MYWALETTEAM MEMBANTU ANDA MEREKABENTUK DAN MEMBINA RUMAH BURUNG WALET BERTEKNOLOGI TINGGI DENGAN KOS MAMPU MILIK DAN SESUAI TERMASUK PERKHIDMATAN SOLAR PANEL, SYSTEM AUDIO ORIGINAL DAN PERALATAN AKSESORI YANG LENGKAP BAGI MENJAMIN KEADAAN RUMAH BURUNG ANDA SEPERTI DI GUA YANG PENUH DENGAN WALET